Isnin, 21 Disember 2015




ANAK EMAS DALAM KELUARGA



Setiap keluarga pasti mempunyai anak emas walaupun mereka sering menafikannya dan mengatakan mereka menyamaratakan kasih sayang mereka kepada semua anak-anak. Namun, semua itu hanyalah pembohongan. Jika sesebuah keluarga terdiri daripada lebih 4 orang, mungkin anak emas mereka adalah anak sulung dan anak bongsu. Jika kurang daripada 4 orang, kemungkinan besar anak sulung adalah anak emas. Tak percaya?? Cuba perhatikan gerak geri keluarga anda. Mesti ibu bapa memberikan lebih tumpuan kepada anak emas mereka dan tidak mengendahkan anak mereka yang lain. Jika pergi membeli-belah, apa sahaja yang dipinta anak emas, mesti diberi tetapi kalau yang lain, kadang-kadang sahaja. Jika dilihat, anak emas sering menggoyangkan kaki di rumah manakala anak yang lain mengeluarkan peluh untuk bekerja. Walaupun jika ibu memanggil seorang anak untuk meminta pertolongan, jika tidak dipanggil nama tidaklah dia mendapat kota emas (kalau x silap) di akhirat. Jadi, pengajarannya, janganlah memilih anak emas di dalam keluarga kerana ianya hanya akan membuat hati perit.....Sekian....

1 ulasan: